Baru-baru ni, Ammar Zahar telah pun mengadakan Seminar Perniagaan Internet 2010. Percaya atau tidak, seminar yang diadakan dari pukul 9 – 5 petang tersebut hanyalah berharga RM70 sahaja. Tentulah murah bukan? Sebab itulah saya pergi ke seminar tersebut. Maklumlah, pelajar. Nak tunggu seminar yang berharga ratusan ringgit sudah tentulah tak mampu. Ada beberapa perkara menarik yang Ammar kongsikan dengan kami.
Bagaimana untuk membuat produk yang tiada kaitan dengan kemahiran kita
Bosan? Tentulah. Banyak ebook yang membincangkan teknik ini. Tetapi, Ammar juga telah tunjukkan bagaimana untuk menjual produk yang tidak ada kaitan dengan kemahiran yang kita miliki. Contohnya, saya pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Bagaimana saya boleh menjual produk berkaitan dengan seni lukis? Apatah lagi saya langsung tidak mempunyai kemahiran melukis. Satu kata kunci yang mudah adalah outsource. Apa yang kita perlu lakukan adalah mencari seseorang yang mahir untuk menyediakan produk tersebut dan kita hanya perlu membayar upah menyiapkan produk tersebut.
Bagaimana untuk menyiapkan produk dalam masa yang singkat?
Penat berfikir. Penat membuat kajian. Namun, produk masih juga tak dapat dikeluarkan. Jika mahasiswa pula, masa lebih banyak diperuntukkan untuk tujuan akademik. Tentu sukar bukan untuk menyiapkan produk. Dengan produk PLR, kita dapat menyiapkan produk kita dengan lebih cepat. Cuma dapatkan produk PLR, perbaiki dan jadilah ia produk kita.
Taktik tarik minat prospek
Cabaran affiliate amat meriah. Affiliater bersaing bagi mendapatkan pembeli yang lebih banyak. Antara cara untuk menarik agar prospek membeli melalui link kita adalah dengan menawarkan bonus yang lebih baik. Bonus boleh diperoleh melalui produk PLR, MRR, RR ataupun dengan produk kita sendiri. Lihat sahaja perang affiliate bagi Pakar Affiliate. Ramai affiliater menawarkan bonus tambahan yang ada di antaranya lebih mahal berbanding Pakar Affiliate itu sendiri.
Sebenarnya, ada banyak lagi yang dikongsikan Ammar dengan peserta seminar pada hari itu. Tetapi, cukuplah saya berkongsi 3 perkara sahaja di sini. Lihat, banyak perkara yang tiada dalam ebook disampaikan dalam seminar ataupun bengkel. Jika kita mempunyai sumber kewangan yang lebih, lebih baik ikuti seminar atau bengkel. Sudah tentu pengisiannya jauh lebih banyak berbanding produk digital bukan?








