Melawat ke Amsterdam
Melawat Ke Amsterdam
Sejak saya tiba di Belanda pada pertengahan Ogos tahun lalu, saya beberapa kali telah melawat ke Amsterdam. Lebih kurang 3 atau 4 kali. Dan sebanyak itu juga, saya telah melawat beberapa tempat-tempat di sana. Kota Amsterdam tidak dapat tidak dikategorikan sebagai tempat liar. Dengan pelbagai tarikan yang unik dan kurang sesuai dengan norma-norma kehidupan rakyat Malaysia dan bangsa Melayu.
Tempat yang paling popular sekiranya anda melawat ke Amsterdam adalah Red Light District. Sehinggakan ada istilah “Good Girl Go To Heaven, Bad Girl Go To Amsterdam”. Kenapa? Salah satunya kerana Red Light District. Tempat ini merupakan tempat yang seringkali dilawati oleh pelancong sekiranya mereka melawat ke Amsterdam. Red Light District merupakan tempat pelacuran. Di Belanda, pelacuran adalah aktiviti perniagaan yang dibenarkan.
(bergaya dengan topi Amsterdam di kedai cenderahati)
Mudah untuk mengesan kedudukan Red Light District. Sesuai dengan namanya Kawasan Lampu Merah, premis-premis seks ini boleh dikenali dengan lampu merah yang dipasang di cermin hadapan premis. Pelacur pula akan berada di ruangan kaca seakan akuarium itu dengan aksi-aksi yang menghairahkan untuk menarik pelanggan. Terpulang samada anda melihat sebagai satu aksi yang menghairahkan atau sesuatu yang sangat tidak menyelesakan.
Mengapa saya katakan tidak menyelesakan? Pelacur-pelacur ini tidaklah semuanya seksi (pengertian seksi adalah subjektif). Ada yang kurus, berbadan besar, gelap, cerah, putih, dan bermacam-macam ragam. Bahkan, mereka datang dari pelbagai negara (kebanyakannya negara-negara Eropah). Anda akan melihat gelagat mereka yang pelbagai. Kadangkala ianya lucu.
Jangan salah sangka pula. Mengapa ada lampu ungu di sana? Bukankah anda berada di Red Light District? Lampu ungu merupakan isyarat bahawa pelacur tersebut merupakan lelaki yang menyerupai perempuan. Jangan salah sangka pula. Di Res Light District, anda akan melihat gaya tawar-menawar antara pelanggan dan pekerja di sana.
Namun, Red Light District memberikan anda peringatan penting. Jangan mengambil gambar! Anda sama sekali tidak boleh mengambil gambar di Red Light District. Apatah lagi mengambil gambar pekerja di sana. Jika anda lakukannya juga, berkemungkinan kamera anda akan dirampas. Kedua, berhati-hati dengan penyeluk poket. Perkara ini normal sekiranya anda berada di kawasan bahaya. Amsterdam adalah bandar yang membenarkan aktiviti jualan dadah, pelacuran dan perkara-perkara yang mungkin berbahaya. Justeru, berhati-hati ketika melawat ke Amsterdam.
Di sebalik Red Light District, anda juga boleh melawat ke Erotic Museum. Saya kurang maklumat berkenaan dengan Erotic Museum. Apa yang saya tahu, bayaran masuk adalah sebanyak 7 Euro.

Jika anda ingin melawat ke muzium yang lebih rendah bayarannya, mungkin anda boleh melawat ke Sex Museum. Namanya mungkin berbunyi lucah. Tetapi, anda boleh melihat transformasi dunia seks. Bagaimana bermulanya kehidupan manusia dengan seks, bila pertama kali video seks dicipta, keris berhulu 18sx dan sebagainya.

Sekiranya anda membayar bayaran masuk dengan wang kertas 5 Euro, anda mungkin bernasib baik untuk menerima baki 1 Euro Sex Museum. Tetapi, sekiranya anda melawat ke Amsterdam bersama keluarga, Sex Museum bukanlah tempat yang sesuai untuk anda pergi walaupun untuk belajar pendidikan seks.
Cukup soal seks di Amsterdam. Melawat ke Amsterdam bukannya untuk seks semata-mata. Dam Square juga tempat yang menarik. Mungkin pada sesetengah orang ianya sekadar monumen. Tetapi, Dam Square merupakan tempat bersejarah yang berkait dengan nama Amsterdam itu sendiri. Justeru, percutian anda ke Amsterdam mungkin tidak lengkap sekiranya anda tidak menjejakkan kaki ke Dam Square. Anda boleh membaca maklumat lanjut berkenaannya di sini. Di hadapan Dam Square pula terletaknya Queen Palace. Pada hari ulangtahun kelahiran Queen, semua barang jualan tidak dikenakan sebarang cukai!

River cruise juga boleh dijadikan aktiviti menarik sekiranya anda melawat ke Amsterdam. Dengan bayaran sekitar 15 Euro, anda boleh mengelilingi kota Amsterdam dengan maniki bot. Amsterdam sememangnya mempunyai banyak terusan dan rumah-rumah bot. Perjalan dengan River Cruise tentu sahaja berbaloi.

Usah risau soal makanan halal. Ada banyak Restoran-restoran makanan Arab di sana. Anda cuma perlu risaukan harga sahaja. Menu paling murah adalah Broodje Donor (roti Kebab) sekitar 4 Euro (RM20). Cuma, mungkin anda akan terkejut sekiranya anda masuk ke restoran halal yang menjual arak dan daging babi. Sepanjang pengalaman saya, makanan halal memang mudah untuk didapati di kawasan-kawasan Red Light District.


(Restoran ini tiada arak dan daging babi)
Itu di kota Amsterdam. Alang-alang anda melawat ke Amsterdam, terus sahaja ke Merkens. Di sana, anda boleh berdiri di pembahagi yang dibina untuk mengelakkan Amsterdam tenggelam. Di sebelah kanan anda adalah air laut dan disebelah kiri anda pula air tawar. Sistem pengairan Belanda yang unik membolehkan Belanda membina negara di bawah paras air laut.

Penat bersembang keseronokan melawat ke Amsterdam, masalahnya macam mana nak ke sana? Sekiranya anda dari Malaysia, anda beberapa syarikat kapal terbang yang menawarkan khidmat penerbangan ke Belanda melalui lapangan terbang Schipol. Andanya Royal Dutch KLM, MAS dan beberapa yang lain. Tambang pergi balik pula sekitar RM3000 hingga RM5000.
Dari lapangan terbang Schipol, anda boleh menaiki keretapi ke Amsterdam Central pada harga tiket 4 Euro. Sebaik sahaja anda keluar dari stesen Amsterdam Central, anda akan nampak VVV Amsterdam di seberang jalan. VVV merupakan Tourist Insformation Centre dan ia ada di setiap kawasan di Belanda.
Anda juga boleh menaiki tram, salah satu pengangkutan awam di Amsterdam pada harga rendah. Dapatkan tiket 24 jam pada harga cum 7.50 Euro. Ia boleh memudahkan anda untuk melawat ke lebih banyak tempat di Amsterdam.
Melawat Ke Amsterdam






nk tnye tmpt pe yg bole dilawati kt amsterdam yer..
Kat Amsterdam tak banya tempat. Tetapi, kalau Holland boleh ke tempat berikut:
Muzium lilin
Torture museum
Dam Square
Maastrict (Kawasannya cantik)
Roermond (Designer outlet)
Windmill
Tetapi, kena rancang betul-betul perjalanan. Sebab, train ticket agak mahal. Pengangkutan awam yang lain juga agak mahal.