Parcel Ditahan Kastam. Nak buat macam mana?
Import Barang Dari China
Ini cerita saya dengan barang-barang dagangan saya. Wah, berlagak macam saudagar pula. Begini, awal bulan lalu saya ada mengimport barangan dari China untuk dijual di Malaysia. Memang kebanyakan barang yang dijual di Malaysia diimport dari China. Bukannya barangan China tak berkualiti. Bahkan, sebahagian besarnya berkualiti. Bezanya, ia lebih murah. Faktornya, kos pengeluaran yang rendah seperti kos buruh, kos penyelenggaraan, sewa kilang dan sebagainya.
Bila dah import barang dari China, kebiasaannya pihak kastam akan semak dahulu barangan yang masuk dari luar negara. Biasalah. Sebab nak elakkan barang-barang yang dilarang seperti senjata apa, dadah, alat seks dan sebagainya dari terlepas masuk ke Malaysia.
OK. Sekarang ni, barang saya pula kena tahan dengan Kastam. Selalunya pihak Kastam lepaskan sahaja bungkusan saya (nasib la tu). Bila dah kena tahan Kastam, terus gelisah. Sebabnya, nak bayar cukai punya pasal. Berniaga nak, bayar cukai liat. Ingat, cukai kena bayar juga, untuk pembangunan negara.

Jadi, saya pun telefon pejabat pos. Sebab saya import barang dari China melalui pos. Tak payah nak pergi sendiri ke China. Bila dah telefon, barulah tahu rupa-rupanya barang saya ditahan pihak kastam. Pihak pos minta saya untuk hubungi kastam pula. Saya pun telefon pihak Kastam pula. Risau juga sebab takut pihak Kastam rampas barang tu.
Ini perbualan saya dengan Kastam:
Saya: Assalamualaikum, ini Kastam Ipoh ke?
Kastam: Ye, kastam Ipoh.
Saya: Begini Encik, saya Amirul. Saya nak tanya tentang parcel XX12345XX yang dihantar dari China.
Kastam: Oh, 3 kotak kan? Apa barang dalam tu?
Saya: Barang XXX encik. Untuk jual. Barang ni kena rampas atau kena cukai?
Kastam: Kena bayar cukai. Datang Kastam Ipoh untuk bayar cukai 10% Lepas tu baru boleh ambil barang. Boleh datang sini tak?
Saya: Tak boleh cik, jauh. Kalau saya bayar di tempat saya boleh tak?
Kastam: Ha, kalau macam tu hantar invois dahulu. Kita nak cek harga barang dulu. Hantar ke kastam_i[@]streamyx.com. Lepas tu baru kita lepaskan barang. Tambah sekali RM31.80.
Saya: Boleh encik. Kalau macam tu nanti saya emelkan invois.
Itulah ceritanya. Jadi, saya pun hantar invois tu melalui emel. Bila kastam balas, kena cukai 20% pula. Tak mengapa. Masih lagi untung jual barang tu.
Ringkasnya, jika barang ditahan kastam, biasanya pihak pos akan hantar call card untuk memaklumkan barangan kita di tahan kastam. Kita harus buat panggilan kepada pihak kastam untuk mendapatkan semula barang yang ditahan tadi. Jika tak boleh nak ambil sendiri, pihak pos akan jadi ejen. Sebab tu yang kena caj RM31.80. Pembayaran akan kita buat di pejabat pos. Dan selesai. Tak susah pun.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke laman Kastam sendiri. Klik sini.
Lepas ni, tak perlu nak susah hati jika barang anda ditahan kastam. Senyum sahaja sambil bayar cukai kastam. Tetapi, jika barang yang diimport itu sedikit; 1 atau 2 unit misalnya, anda boleh minta penghantar untuk menandakan barang sebagai hadiah. Barang yang ditandakan sebagai hadiah biasanya tidak dikenakan cukai. Tetapi, jika diketahui oleh pihak kastam pandai-pandailah ya.
Import Barang Dari China






